Wednesday, 24 September 2014

Jom Belajar ABC ... ;)

                                         
                                                Mari mengenal ABC.... Jom nyanyi !!! ;)
Barisan guru-guru yang bertugas di SK Tawar pada 2009.

sejarah sekolah ....

Sejarah Sekolah
 
Sekolah SK Muzaffar Syah dibuka pada 5.1.1975. Terletak 12 Km dari bandar Kota Tinggi menghala ke Pengerang di Selatan Johor. Berada di tengah perkampungan Felda Air Tawar 3 yang dihuni lebih kurang 300 keluarga peneroka.
 
Pada asalnya, sekolah ini  bernama Sekolah Kebangsaan LKTP  Air Tawar 3. Selepas penubuhan PIBG, permohonan menukar nama  kepada `Sekolah Kebangsaan Muzaffar Syah` telah diajukan kepada  Menteri Pendidikan waktu itu, YB Dr Mahathir b Mohamad. Permohonan diluluskan.
 
Nama `Muzaffar Syah` diambil  sempena nama `Sultan Muzaffar Syah` yang telah bersemayam di Bukit Seluyut memerintah Johor waktu itu. Bukit Seluyut terletak berhampiran Felda Air Tawar 3. Kini makam baginda ada di Bukit Seluyut  di tepi Sungai Johor yang kini di bawah peliharaan `Persatuan Sejarah Kota Tinggi`.
 
Sekolah ini telah mengadakan Sambutan Jubli Perak pada tahun 2000 kerana genap 25 tahunkewujudannya. Di antara agendanya ialah mengumpulkan semua bekas guru-guru besar, guru-guru  paling awal bertugas ( hari pertama), bekas guru-guru lama, bekas murid-murid khasnya yang telah berjaya dan menjawat jawatan penting dalam negara dan lain-lain lagi. Perhimpunan ini juga telah berjaya menghidupkan semula nostalgia guru dan murid-murid lama yang rata-rata datang dengan keluarga.